Wednesday, August 29, 2012

Dilema

Sekali lagi aku dilema untuk update blog kerana ketandusan idea dan sebenarnya tak tahu macam mana nak mula. Siapa yang sanggup baca you got my respect. Selagi ada usaha,cita dan daya (ayat kawan masa kat sekolah) aku cuba memuntahkan apa di dalam kepala.

I would like to start my writing with a verse from Al-Quran Surah Al-Hasyr ayat ke 18.


 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ


Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok(akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan"

Dalam setiap apa yang kita lakukan, menulis blog, buka facebook, buka twitter, pergi kedai, pergi kuliah, naik motor mahupun berbual dengan rakan, kita mesti fikirkan apa yang boleh kita dapat kebaikan daripada perlakuan kita untuk hari akhirat. DAN setiap apa perlakuan kita akan dikira di akhirat kelak.

Bukan senang sebenarnya nak dapat perasaan sebegini. Mudah untuk kita baca tetapi bukan mudah untuk kita beramal. We need to always think and think sampai ayat di atas ni meresap ke dalam kalbu. Kemudian ia akan sebati dengan diri kita, InsyaAllah. Sahabat-sahabat Rasulullah akan meminta 10 ayat Al-Quran bukan sahaja untuk dihafal tetapi untuk diamalkan. Selepas mereka yakin sudah beramal dengan ayat-ayat tersebut mereka akan meminta 10 lagi ayat daripada Rasulullah.

Kita jangan terlalu memaksa diri kita untuk jadi baik kerana kelak memakan diri sendiri. Mulakan ibadah dengan memantapkan ilmu di dada. Ilmu yang banyak baru boleh menghasilkan amalan yang berkualiti. dan pastikan ilmu yang kita dapat itu sahih dan sependapat dengan ulama muktabar. Adakalanya kita terkeliru antara ilmu yang datang dari akal manusia dengan ilmu yang datang melalui wahyu Allah menyebabkan kualiti amal kita tidak berkesan dan membuang masa.  

Ada 4 elemen penting dalam memastikan ibadah kita menjadi lebih sempurna

1. Hati
2. Aqal
3. Nafsu
4. Anggota

Keempat-empat elemen ini perlu selaras supaya kita rasa lebih bermakna bila beribadah. Mungkin ini ada kaitan dengan formula PIES seperti yang selalu dikaitkan oleh Ustaz Hasrizal dalam blognya Memilih kerjaya antara P, I, E dan S dan banyak lagi. Seriously, ini banyak membantu dalam kehidupan seharian keran secara automatik kita akan reflek setiap apa yang kita lakukan dengan keempat-empat elemen ini. 

Move to other subject

Sekarang sangat rindukan suasana di kolej. Duduk dengan kawan-kawan, makan sama-sama, bergurau, bersukan, main bola tampar, solat jemaah di surau, mendengar kuliah ilmu dan bermesyuarat(meyhhh! rindu ke meeting?).University life is the best phase in our life. Masa ni la kita nak cari identiti kita, siapa kita, kenal diri kita, bentuk karakter kita, bina kekuatan dalam diri kita dan membesarkan rangkaian signal ukhuwah. Bersyukur kehadrat Allah kerana diletakkan di satu tempat bernama Universiti Putra Malaysia yang memberi 1001 kenangan dan pelajaran yang banyak mematangkan diri ini. Ada setahun lagi untuk manfaatkan tarbiyah di sana. Mari kita HENSHIN kan diri kita dengan menambah segala ilmu ke dalam HATI(bukan akal je).Wallahua'lam.

Salam 12 Syawal 1433H/30 Ogos 2012







Sunday, August 26, 2012

kembali update blog

Masalah utama bila nak update blog adalah ketandusan idea ataupun tak tau nak mula dari mana. Kali ni aku tak kira mesti kena update jugak blog. Dah berzaman tak update. Banyak benda nak dimuntahkan kat sini.

GANBATE!!! (dengan mata berapi)

Sepanjang semester 4 banyak perkara berlaku dalam hidup dan bukan sesuatu benda yang biasa-biasa tetapi luar biasa. Tetapi yang paling luar biasa adalah aku berjumpa dengan seorang murabbi yang hebat malah banyak mempengaruhi keputusan diri. Antaranya keputusan untuk masuk ke MTM kolej. Kebanyakan rakan menyarankan aku untuk masuk ke MTM untuk membantu tingkatkan kerohanian kolej di samping mengawal agenda-agenda jahiliyyah yang berleluasa di kolej(diri sendiri pun jahil). Tapi itu bukan point utama. Persoalannya adalah bagaimana kita memahami konsep berdakwah mengikur sunnah nabi. Bagi orang yang memahami dan mengkaji fiqh sirah Rasulullah pasti orang itu memahami keputusan aku dan orang itu ada my beloved murabbi. Aku yakin dengan setiap penjelasan daripada murabbi dan tetap dengan keputusan aku walaupun ramai yang memandang serong.Ianya bukan masalah 'gedik' atau takut untuk menerima tanggungjawab tetapi bagaimana dengan cara masuk ke dalam MTM matlamat dakwah boleh dicapai.Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai pandangan sendiri dan aku hormati setiap pandangan mereka sebab mereka lebih berilmu dan berpengalaman berbanding aku.Apapun,perkara yang lepas biarkan berlalu dan ambil ibrah daripada setiap perkara yang berlaku. *Drop the Subject

Pengalaman menjadi pengerusi surau banyak mengajar aku untuk sentiasa memikirkan tentang orang lain.Apa yang boleh kita buat untuk beri kebaikan pada orang lain.Dan perkara paling susah untuk dijaga adalah AKHLAK kita.Rasulullah mewariskan akhlak baginda untuk kita ikuti.Setiap kali baca kisah-kisah akhlak nabi membuatkan hati cair lebur. Memegang sesuatu jawatan terutamanya pengurusan surau juga mengajar kita supaya sentiasa menjaga niat kita sebelum melakukan sesuatu. Kadangkala hati kita tidak dikawal menyebabkan kerja yang dilakukan bukan atas dasar kerana Allah Ta'ala. 

"Sesungguhnya setiap amalan itu dimulakan dengan niat. Dan bagi seseorang itu mengikut apa yang diniatkan.Jika niatnya hijrah kerana Allah dan Rasul,maka hijrahnya kerana Allah dan Rasul. Jika hijrahnya itu kerana kepentingan dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya,maka hijrahnya mengikut apa yang dikehendaki"

Sedikit pengisian ringkas:

Terdapat 4 perkara yang bercanggah dengan ikhlas:
  1. Ma’siat - terlibat dengan dosa - ini akan melemahkan ikhlas.
  2. Syirik - sekutukan Allah.
  3. Riya’ - melakukan ibadah dengan keinginan menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
  4. Nifaq - hipokrit.
Semoga kepimpinan baru surau Kolej Kedua memberi pembaharuan dan penambahbaikan dalam misi dakwah dan mengingatkan umat manusia yang sentiasa lalai termasuklah yang menulis. *Drop the subject

Banyak lagi yang bermain di minda tapi mata dah mengantuk. Kepada bakal bidadari hidupku,semoga kamu sentiasa menjaga amal,ingatkan Allah,tutup auratmu,jaga kehormatan diri dan keluargamu. Semoga kita dapat bertemu dengan redha Allah dan bersatu atas dasar cinta kepada Allah. ^^

 Assalamualaikum.Salam Syawal.


 

Thursday, June 28, 2012

Sudah lama meninggalkan ruang ini
ku harap mampu lagi mencoret 
di kala semangat masih ada
dengan nyawa yang ada
dengan segala tinta dan keringat
ke gagahkan jua
demi ummah ini
yang sedang parah
di buai kenikmatan dan keseronokan
tanpa menyedari bahana yang tiba
merangkul segala keamanan
tidak terlepas juga keIMANan

Aku juga tidak terlepas di buai
oleh sang pura dunia
yang menghembus kenikmatan
sambil menyembunyikan segala kebenaran
di belakang badan
tersenyum sang pura dunia
melihat aku menjadi mangsa
dan berada dalam genggamannya

Dengan segala kudrat yang ada
ku bulatkan tekadku
aku buka genggaman itu
sebelum aku lemas
dalam kegelapan
dan memburu cahayaNya
bagi menyinari kehidupanku

Pasti juga tidak akan kubiarkan
genggaman itu terus menggelapkan saudara-saudaraku
yang berada di merata dunia
akan ku buka dan buka
Sehingga liang lahad menelanku
bekalanku dapat ku bawa
menghadap yang Maha Esa
sehingga ke syurga


Salam Sayyidul Ayyam
Mohd Hafif
Jumaat,9 Syaaban.

Wednesday, September 7, 2011

kisah pemuda dan kucing


Sedang pergi ke tempat wudu' tiba-tiba terlihat seekor kucing yang duduk di tepi baldi yang kurang air. Kucing tersebut cuba tunduk untuk minum tetapi tidak sampai kerana air terlalu cetek.

Teringat pada kisah yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radiallahu anhu bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,

"Ketika anjing sedang mengelilingi sumur hingga nyaris mati kehausan, tiba-tiba ia dilihat salah seorang pelacur Bani Israel. Wanita pelacur itu segera melepas sepatunya lalu mengambil air dari sumur dengan sepatunya. Ia memberikan air itu kepada anjing tersebut dan Allah mengampuninya kerana perbuatan tersebut."


Teringat juga pada kisah yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radiallahu anhu bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,

"Sesorang berjalan dan merasa sangat kehausan. Lalu, ia turun ke sumur, minum air di dalamnya dan naik ke atas. Setibanya di atas sumur, ternyata ada anjing terengah-engah sedang makan tanah basah kerana kehausan. Orang tersebut berkata, 'Anjing ini juga merasa kehausan seperti yang aku alami.'Usai berkata seperti itu, orang tersebut turun ke sumur, lalu memenuhi sepatunya dengan air kepada anjing itu. Allah berterima kasih pada orang itu dan mengampuni dosanya. "Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, apakah kita akan mendapat pahala daripada haiwan ternak kita?" Rasulullah S.A.W bersabda, "Di setiap hati yang basah (hidup) itu ada pahala."


Selepas itu, saya menadah air ke dalam baldi sehingga penuh lalu dapatlah kucing tersebut minum sepuasnya. Saya balik dari masjid dalam hati yang lapang dan tersenyum.. 
'Ya Allah,ampunilah segala dosa-dosaku dan golongkan aku dalam golongan orang-orang yang beriman..amin.'

(Kisah ini tiada kaitan dengan kisah zaman Rasulullah atau mana-mana hadis yang berkaitan. Kisah ini dari pengalaman penulis sendiri dan dikaitkan dengan kisah zaman dahulu).
Jazakumullah khairan kathira.

Saturday, September 3, 2011

Oh,Ramadhan!

Pahlawan menentang nafsu

"Terdengar suara takbir...memuji nama Ilahi...rasa dalam kalbu tenteram dan aman selalu...."

29 Ramadhan 1432H

(Asalnya entry ditaip pada 29 Ramadhan tetapi sempat publish pada 5 Syawal)
Tanpa sedar,Ramadhan yang pada awalnya rasa jauh untuk ditempuh kini telah tiba masa untuk dilabuhkan tirainya..Terasa baru semalam dengar pengumuman mula Ramadhan sekarang pengumuman hari raya Aidilfitri pula.Perasaan berbaur-baur.Kadang-kadang suka kadang kadang sedih. Pagi tadi tak sangka berkaca mata bila dengar lagu raya dimainkan. Tiba-tiba rasa rindu pada Ramadhan kali ini. Terasa seperti tak akan jumpa lagi tahun depan. Hati tak keruan..

'LAYAKKAH AKU BERHARI RAYA......'

Selama ini bila hari raya terfikir baju baru,kuih raya,pergi rumah saudara,boleh makan puas2..lebih teruk lagi,buat maksiat pun tiada rasa bersalah sebab bukan bulan puasa...

Alangkah jahilnya dahulu bila difikirkan kembali..Puasa Ramadhan tidak dibuat post mortem, malah dilupakan seperti tidak pernah melalui Ramadhan..jahilnya aku...

Baru sekarang memahami erti hari raya sebenar walaupun tidak menyeluruh..perlu renew amalan kita, iman kita dan segala-galanya bagi mengharungi 11 bulan berikutnya..perlulah ada peningkatan, sekurang-kurangnya lebih baik dari tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya..hendaklah diteruskan amalan yang baik dari bulan Ramadhan..kekalkan momentum Ibadah..sentiasa ingat bahawa diri sentiasa dilihat Allah S.W.T

Ramadhan kali ini memberi 1001 satu kenangan dalam penghijrahan diri ke arah yang lebih baik..bukan sekadar jasmani..tetapi minda,pemikiran,pandangan terhadap agama Islam semakin baik.. minda tajdid bak kata Dr Maza.. Awwalu makrifatullah sememangnya penting sebelum kita beribadah..barulah dapat memahami apakah itu....

'Lillahi Ta'ala'

Thursday, August 4, 2011

Tazkirah Ramadhan

Assalamualaikum

Akhirnya tergerak hati menulis entry mengenai Ramadhan pada  hari yang kelima berpuasa. Rutin kebiasaannya saya pagi akan solat subuh berjamaah dan balik bertadarus kemudian...TIDUR. Tetapi hari ini berbeza kerana semalam saya mengetahui ustaz yang sangat saya hormati akan berbicara di Malaysia Hari Ini tentang Ramadhan.Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Slot pertama MHI dimulakan dengan perbincangan bersama Ustaz Hasrizal mengenai bukunya bertajuk Transformasi Ramadhan. Buku ini tidak menceritakan bab feqah mengenai puasa tetapi paradigma atau pandangan kita terhadap Ramadhan. Saya meminati tulisan beliau di blognya saifulislam.com kerana mampu membuka minda dan mengubah doktrin2 yang sebelum ini pada kita betul tetapi sebenarnya tidak. Jadi beliau mengatakan dalam mentransformasi diri dalam bulan Ramadhan, kriteria2 seperti P(Physical),I(Intelectual),E(Emosional) dan S(Spiritual) perlu dititikberatkan. Bagaimana kita hendak mengubah rutin kita dalam masa yang sama istiqamah. Informasi penting yang beliau sebutkan ialah


"BERLEBIH-LEBIH DAN BERKURANG-KURANG ADALAH MUSUH ISTIQAMAH" 


Ini sangat perlu kita ambil perhatian dalam usaha kita mempertingkat kualiti amalan kita terutamanya di bulan Ramadhan yang barakah ini. Contohnya, Allah menyuruh kita berpuasa apabila masuk waktu subuh (contohnya 5.35 pagi). Tetapi kita sudah mula berpuasa jam 1.00 pagi kerana kalau bangun pagi,azan. Akibatnya esok mula keletihan dan ibadah siang hari terganggu. Jadi,ikutlah apa yang telah ditetapkan syarak kerana setiap perintah itu mempunyai hikmah yang tersembunyi.
Beliau juga ada menyebutkan juga

"RAMADHAN ADALAH BULAN MENGASAH GERGAJI"

Istilah ini diilhamkan dari penulisan Stephen R. Covey iaitu The Seven Habits That Highly Effecting People. Boleh buka link https://www.stephencovey.com/7habits/7habits.php kalau ada kelapangan. Umpama, seorang pekerja yang ingin menggergaji pokok kemudian orang "berkata berhentilah dahulu, asah mata gergaji dulu". Apa pekerja tu kata, "Tak boleh,banyak lagi yang nak kena disiapkan ni. saya nak teruskan". Apa terjadi,akhirnya kerjanya tidak efisien dan terhenti di tengah jalan kerana kepenatan. Dalam konteks bulan Ramadhan pula,bulan ini menjadi satu bulan yang mana beberapa kelemahan kita yang boleh diperbaiki. Dari segi E(Emosional) contohnya, mungkin sebelum ini kita kuat mencarut,mengumpat,mengutuk kawan jadi bulan Ramadhan ini sesuai dijadikan medan untuk kita mentarbiyah(mendidik) diri kita agar lebih baik.

Pada akhir slot itu,Ustaz Hasrizal mengatakan, kalau kita nak detect samada PUASA kita menunjukkan PERUBAHAN atau TIDAK adalah pada WAKTU BERBUKA PUASA dan HARI RAYA. Bermakna, jika waktu berbuka kita seperti empangan pecah,sumbat segala apa yang ada depan mata something wrong some where pada puasa kita. Sebaliknya,bilamana kita berbuka puasa kita mampu mengawal diri makan sekadar yang mampu itu menunjukkan tanda2 positif puasa kita berkualiti. Sama juga seperti hari raya, kita tidak sambut berlebih-lebihan,tidak seperti zaman kanak2. Malah kita akan merindui Ramadhan dan mengharapkan agar berjumpa kembali. Sesuatu yang bagi saya belum capai dengan jaya setakat hidup selama 19 tahun di muka bumi.

Namun,berani saya katakan Ramadhan kali ini bermakna buat saya kerana suasananya berbeza daripada Ramadhan yang pernah saya tempuhi selama ini.Pertama,off course dapat berpuasa di rumah sebulan suntuk setelah lama tidak merasainya sejak masuk ke asrama. Kedua, puasa kali ini menunjukkan peningkatan dalam solat berjamaah di masjid kerana hampir setiap waktu ke masjid kecuali maghrib kerana berbuka di rumah. Ketiga, tadarus juga ada peningkatan kerana setakat pada 5 Ramadhan ini sudah sampai ke juzu' 6. Keempat, saya berjaya membataskan masa menonton TV sebaliknya menolong ayah bercucuk tanam selain membaca buku2.Kelima, solat sunat tarawikh juga penuh 23 rakaat buat setakat ini.
Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan mutu puasa saya tahun ini. Saya mengharapkan tulisan saya ini bukan untuk riya' mahupun  menunjuk-nunjuk tetapi galakan kepada diri saya dan rakan2 untuk terus berjuang mendapatkan taqwa yang disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 183. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan kemanisan beribadah masih jauh dari pandangan kerana dosa2 yang saya lakukan.Sangat mengharapkan perasaan itu sepertimana Rasulullah, sahabat, salaf dan para ulama' merasainya.

Selamat berjuang kepada rakan2 menepuh Ramadhan kali ini. Perjuangan masih terlalu awal untuk disimpulkan. Sama2 kita berazam mendapatkan rahmat, keampunan dan kebebasan dari api neraka. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan2 yang pernah kita lalui sebelum ini.Jazakallah.



***PUASA ITU SEBAHAGIAN DARIPADA SABAR***

Saturday, July 16, 2011

Jangan Marah

MARAH adalah satu sifat yang ada pada sesiapa sahaja di muka bumi ini. Jarang saya lihat orang mampu menahan marah bila sampai batasnya hatta orang 'alim sekalipun. Walaubagaimanapun, usaha ke arah tidak marah itu perlu ada bagi mengawal diri ketika sedang marah. Rasulullah S.A.W juga mengunjurkan kita supaya mengawal marah kerana marah itu api dan api itu syaitan.

Marah itu sebenarnya ialah nyalaan api yang bersumberkan dari Allah yang menyala-nyala di dalam hati kita. Marah itu timbul disebabkan oleh sifat BONGKAK yang terpendam dalam kalbu setiap orang yang derhaka.

"Eh,mana ada bongkak. Aku marah memang sebab orang tu perangai melampau-lampau!!Degil!!!"


Ok2,memang orang tu kurang ajar tetapi sadarkah kita itu telah menunjukkan kebongkakkan kita memarahi kelemahan orang lain. Saya beri contoh mudah. Dalam satu komuniti ada orang yang rajin ke surau dan ada yang tidak. Dekat surau pula tak ramai yang imarahkan. Mereka yang datang surau ni mula dicucuk syaitan supaya marah orang yang tak datang surau.

"Korang apasal malas sangat pegi surau ni hah? Aku tengok asyik muka yang sama je gi surau.Berat sangat ke kaki nak pegi surau tu.Dekat je aku surau tu pun. Jemaah satu saf pun tak penuh...Lepas tu bila skuad 5 minit datang nak tazkirah korang tutup pintu pulak. Panas je aku tengok!!Hish, rasa macam nak sepak je sorang2....$@!!#@%%$&..."


Kalau kita tengok nampak macam bagus sebab dia menegur apa yang salah. Tetapi dalam masa yang sama perasankah kita bila orang ni marah sebegitu seumpama dia bongkak dengan apa yang dia buat. Mentang2 dia datang surau selalu, suka2 nak marah2 orang. Lepas tu cakap kasar.bukankah bongkak tu namanya...

Menurut penyelidikan ahli-ahli yang mengetahui cahaya kebenaran keyakinan mengatakan bahawa manusia itu adakalanya tertarik urat sarafnya oleh tipu daya syaitan yang terlaknat. Oleh itu, barangsiapa dipengaruhi api kemarahan, bererti eratlah hubungannya dengan syaitan sebagaimana disebutkan di dalam Al-Quran

7:11

Ertinya:


"Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”
(Al-A'raf : 12)


Kalau kita perasan, bukankah sifat dan watak tanah itu berdiam diri dan tenang, sedangkan sifat dan watak api itu ialah menyala-nyala, bergerak dan bergelora. Jadi bila kita marah, timbullah perasaan dendam dan dengki.

"Geramnya aku dengan kau.Orang dah buat baik2 dia buat camni kat aku.Tengokla nanti.Aku hebahkan kat orang rahsia kau yang aku tau.Masa tu baru kau rasa camne..."

Kadangkala kita tak perasan yang hati kita berkata begini waktu marah. Ini semua kerja syaitan yang dilaknat Allah. Jika kita menurut sifat ini, maka binasalah kita jika kebinasaan itu yang kita pilih dan buruklah akhlak kita jika itu yang kita inginkan. Dendam dan dengki itu ternyata merupakan suatu 'pendorong' dan 'pembimbing' manusia ke arah kecelakaan, maka pentinglah kita untuk MENGETAHUI BAHAYA-BAHAYA DAN KEBURUKANNYA. Oleh yang demikian, jika kita mengetahui dan menyedari akan bahaya sifat ini, kita akan lebih berhati-hati dan menghindarkan diri dari kelakuan-kelakuan seperti itu.

Peringkat Manusia dalam Marah

Sadarlah kita bahawa titik kekuatan dan tenaga kemarahan itu letaknya di lubuk hati. Kalau kita perasan aliran marah ni bolehlah saya kaitkan dengan teori fizik dalam pengaliran haba pada material sekeliling. Bila orang marah pertama sekali hatinya akan mendidih dahulu.kemudian bahangnya itu akan mengalir melalui urat saraf di seluruh tubuh manusia dan akan terserlah pada permukaan muka. Analoginya seperti air yang dipanaskan dalam heater. Mula-mula heater tu diam bila kita tekan suis, dan bila sampai waktunya panasnya akan terlihat pada air yang menggelegak panas.(Harap-harap paham la analogi ni)

Menurut Imam Al-Ghazali rahimahullah dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin, manusia mempunyai peringkat-peringkat dalam menghadapi kekuatan marah.Mereka terbahagi pada 3 golongan iaitu

    1. Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya)
    2. Ifrath (berlebih-lebih kemarahannya)
    3. Iktidal (mampu mengendalikan kemarahannya)
    
Antara ketiga-tiga golongan ini,golongan yang ketiga adalah yang terbaik iaitu pertengahan antara pertama dan kedua. Dalam hal ini, marah itu mesti dikendalikan mengikut saranan agama. Buruknya golongan Tafrith ini kerana mereka tidak ada kekuatan marah dalam diri dan dikategorikan paling lemah sekali. Golongan ini boleh kita anggap lemah dan tidak mempunyai sikap pembelaan diri. Mereka tidak mampu membela dirinya,isterinya,keluarganya dan apapun haknya lebih-lebih lagi melibatkan kepentingan agama.Ini adalah sifat paling tercela kerana akibat daripada sifat ini adalah tiada sifat cemburu dalam diri. Satu hari nanti kita akan mempunyai keluarga sendiri bagi yang belum berkahwin dan cemburu itu perlu dalam mejaga kehormatan keluarga terutamanya antara suami dan isteri.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Sa'ad adalah orang yang kuat cemburunya dan saya (Nabi Muhammad S.A.W) adalah lebih cemburu daripada Sa'ad dan Allah adalah lebih cemburu lagi daripada saya (yakni jika melihat hambaNya hendak berbuat maksiat)."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Cemburu itu sangat perlu dipelihara demi untuk melindungi keturunan kita. Andaikata tiada sifat cemburu, semua manusia akan bersifat lalai dan sesuka hati membiarkan perkara-perkara buruk berlaku seperti keturunan yang bercampur-baur,maksiat yang tidak langsung ditegah,kezaliman berleluasa dan banyak lagi. Ada orang mengatakan,

"Setiap bangsa yang masih ada perasaan cemburu di kalangan kaum lelakinya, maka pasti terpeliharalah kaum wanitanya dengan baik" 

Golongan kedua pula iaitu Ifrath berlawanan dengan sifat tafrith bermaksud terlampau suka marah,berlebih-lebih tanpa mengenal batas-batas dan ketentuan. Golongan ini selalu nak memenangkan dirinya sahaja sehingga boleh keluar daripada kewarasan akal,tuntutan agama serta menjauhi ketaatannya. Seseorang yang mempunyai sifat ini mengakibatkan dia tidak berfikiran jernih dan suci, pandangannya sempit dan terbatas malahan tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Wajahnya memang buruk ketika marah sehingga kalau dia melihat mukanya sendiri ketika marah, pasti akan reda kerana malu pada diri sendiri. tetapi,keburukan dalam hati jauh lebih buruk daripada apa yang dizahirkan.

Ringkasnya ialah bahawa sifat Tafrith itu tercela sekali sedangkan Ifrath itu merbahaya pula. Jadi, apa yang baik ialah ada sifat marah tetapi mesti disalurkan dengan mengikut apa yang ditentukan akal yang waras dan memenuhi syarat-syarat agama (Iktikad). Cara pertengahan inilah yang diunjurkan agama mengikut sabda Nabi Muhammad S.A.W bemaksud:

"Sebaik-baik perkara itu adalah yang pertengahan."
(Diriwayatkan oleh Baihaqi)



***Anda berada dalam golongan mana?***