Thursday, August 4, 2011

Tazkirah Ramadhan

Assalamualaikum

Akhirnya tergerak hati menulis entry mengenai Ramadhan pada  hari yang kelima berpuasa. Rutin kebiasaannya saya pagi akan solat subuh berjamaah dan balik bertadarus kemudian...TIDUR. Tetapi hari ini berbeza kerana semalam saya mengetahui ustaz yang sangat saya hormati akan berbicara di Malaysia Hari Ini tentang Ramadhan.Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Slot pertama MHI dimulakan dengan perbincangan bersama Ustaz Hasrizal mengenai bukunya bertajuk Transformasi Ramadhan. Buku ini tidak menceritakan bab feqah mengenai puasa tetapi paradigma atau pandangan kita terhadap Ramadhan. Saya meminati tulisan beliau di blognya saifulislam.com kerana mampu membuka minda dan mengubah doktrin2 yang sebelum ini pada kita betul tetapi sebenarnya tidak. Jadi beliau mengatakan dalam mentransformasi diri dalam bulan Ramadhan, kriteria2 seperti P(Physical),I(Intelectual),E(Emosional) dan S(Spiritual) perlu dititikberatkan. Bagaimana kita hendak mengubah rutin kita dalam masa yang sama istiqamah. Informasi penting yang beliau sebutkan ialah


"BERLEBIH-LEBIH DAN BERKURANG-KURANG ADALAH MUSUH ISTIQAMAH" 


Ini sangat perlu kita ambil perhatian dalam usaha kita mempertingkat kualiti amalan kita terutamanya di bulan Ramadhan yang barakah ini. Contohnya, Allah menyuruh kita berpuasa apabila masuk waktu subuh (contohnya 5.35 pagi). Tetapi kita sudah mula berpuasa jam 1.00 pagi kerana kalau bangun pagi,azan. Akibatnya esok mula keletihan dan ibadah siang hari terganggu. Jadi,ikutlah apa yang telah ditetapkan syarak kerana setiap perintah itu mempunyai hikmah yang tersembunyi.
Beliau juga ada menyebutkan juga

"RAMADHAN ADALAH BULAN MENGASAH GERGAJI"

Istilah ini diilhamkan dari penulisan Stephen R. Covey iaitu The Seven Habits That Highly Effecting People. Boleh buka link https://www.stephencovey.com/7habits/7habits.php kalau ada kelapangan. Umpama, seorang pekerja yang ingin menggergaji pokok kemudian orang "berkata berhentilah dahulu, asah mata gergaji dulu". Apa pekerja tu kata, "Tak boleh,banyak lagi yang nak kena disiapkan ni. saya nak teruskan". Apa terjadi,akhirnya kerjanya tidak efisien dan terhenti di tengah jalan kerana kepenatan. Dalam konteks bulan Ramadhan pula,bulan ini menjadi satu bulan yang mana beberapa kelemahan kita yang boleh diperbaiki. Dari segi E(Emosional) contohnya, mungkin sebelum ini kita kuat mencarut,mengumpat,mengutuk kawan jadi bulan Ramadhan ini sesuai dijadikan medan untuk kita mentarbiyah(mendidik) diri kita agar lebih baik.

Pada akhir slot itu,Ustaz Hasrizal mengatakan, kalau kita nak detect samada PUASA kita menunjukkan PERUBAHAN atau TIDAK adalah pada WAKTU BERBUKA PUASA dan HARI RAYA. Bermakna, jika waktu berbuka kita seperti empangan pecah,sumbat segala apa yang ada depan mata something wrong some where pada puasa kita. Sebaliknya,bilamana kita berbuka puasa kita mampu mengawal diri makan sekadar yang mampu itu menunjukkan tanda2 positif puasa kita berkualiti. Sama juga seperti hari raya, kita tidak sambut berlebih-lebihan,tidak seperti zaman kanak2. Malah kita akan merindui Ramadhan dan mengharapkan agar berjumpa kembali. Sesuatu yang bagi saya belum capai dengan jaya setakat hidup selama 19 tahun di muka bumi.

Namun,berani saya katakan Ramadhan kali ini bermakna buat saya kerana suasananya berbeza daripada Ramadhan yang pernah saya tempuhi selama ini.Pertama,off course dapat berpuasa di rumah sebulan suntuk setelah lama tidak merasainya sejak masuk ke asrama. Kedua, puasa kali ini menunjukkan peningkatan dalam solat berjamaah di masjid kerana hampir setiap waktu ke masjid kecuali maghrib kerana berbuka di rumah. Ketiga, tadarus juga ada peningkatan kerana setakat pada 5 Ramadhan ini sudah sampai ke juzu' 6. Keempat, saya berjaya membataskan masa menonton TV sebaliknya menolong ayah bercucuk tanam selain membaca buku2.Kelima, solat sunat tarawikh juga penuh 23 rakaat buat setakat ini.
Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan mutu puasa saya tahun ini. Saya mengharapkan tulisan saya ini bukan untuk riya' mahupun  menunjuk-nunjuk tetapi galakan kepada diri saya dan rakan2 untuk terus berjuang mendapatkan taqwa yang disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 183. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan kemanisan beribadah masih jauh dari pandangan kerana dosa2 yang saya lakukan.Sangat mengharapkan perasaan itu sepertimana Rasulullah, sahabat, salaf dan para ulama' merasainya.

Selamat berjuang kepada rakan2 menepuh Ramadhan kali ini. Perjuangan masih terlalu awal untuk disimpulkan. Sama2 kita berazam mendapatkan rahmat, keampunan dan kebebasan dari api neraka. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan2 yang pernah kita lalui sebelum ini.Jazakallah.



***PUASA ITU SEBAHAGIAN DARIPADA SABAR***

No comments:

Post a Comment