Wednesday, September 7, 2011

kisah pemuda dan kucing


Sedang pergi ke tempat wudu' tiba-tiba terlihat seekor kucing yang duduk di tepi baldi yang kurang air. Kucing tersebut cuba tunduk untuk minum tetapi tidak sampai kerana air terlalu cetek.

Teringat pada kisah yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radiallahu anhu bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,

"Ketika anjing sedang mengelilingi sumur hingga nyaris mati kehausan, tiba-tiba ia dilihat salah seorang pelacur Bani Israel. Wanita pelacur itu segera melepas sepatunya lalu mengambil air dari sumur dengan sepatunya. Ia memberikan air itu kepada anjing tersebut dan Allah mengampuninya kerana perbuatan tersebut."


Teringat juga pada kisah yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radiallahu anhu bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,

"Sesorang berjalan dan merasa sangat kehausan. Lalu, ia turun ke sumur, minum air di dalamnya dan naik ke atas. Setibanya di atas sumur, ternyata ada anjing terengah-engah sedang makan tanah basah kerana kehausan. Orang tersebut berkata, 'Anjing ini juga merasa kehausan seperti yang aku alami.'Usai berkata seperti itu, orang tersebut turun ke sumur, lalu memenuhi sepatunya dengan air kepada anjing itu. Allah berterima kasih pada orang itu dan mengampuni dosanya. "Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, apakah kita akan mendapat pahala daripada haiwan ternak kita?" Rasulullah S.A.W bersabda, "Di setiap hati yang basah (hidup) itu ada pahala."


Selepas itu, saya menadah air ke dalam baldi sehingga penuh lalu dapatlah kucing tersebut minum sepuasnya. Saya balik dari masjid dalam hati yang lapang dan tersenyum.. 
'Ya Allah,ampunilah segala dosa-dosaku dan golongkan aku dalam golongan orang-orang yang beriman..amin.'

(Kisah ini tiada kaitan dengan kisah zaman Rasulullah atau mana-mana hadis yang berkaitan. Kisah ini dari pengalaman penulis sendiri dan dikaitkan dengan kisah zaman dahulu).
Jazakumullah khairan kathira.

Saturday, September 3, 2011

Oh,Ramadhan!

Pahlawan menentang nafsu

"Terdengar suara takbir...memuji nama Ilahi...rasa dalam kalbu tenteram dan aman selalu...."

29 Ramadhan 1432H

(Asalnya entry ditaip pada 29 Ramadhan tetapi sempat publish pada 5 Syawal)
Tanpa sedar,Ramadhan yang pada awalnya rasa jauh untuk ditempuh kini telah tiba masa untuk dilabuhkan tirainya..Terasa baru semalam dengar pengumuman mula Ramadhan sekarang pengumuman hari raya Aidilfitri pula.Perasaan berbaur-baur.Kadang-kadang suka kadang kadang sedih. Pagi tadi tak sangka berkaca mata bila dengar lagu raya dimainkan. Tiba-tiba rasa rindu pada Ramadhan kali ini. Terasa seperti tak akan jumpa lagi tahun depan. Hati tak keruan..

'LAYAKKAH AKU BERHARI RAYA......'

Selama ini bila hari raya terfikir baju baru,kuih raya,pergi rumah saudara,boleh makan puas2..lebih teruk lagi,buat maksiat pun tiada rasa bersalah sebab bukan bulan puasa...

Alangkah jahilnya dahulu bila difikirkan kembali..Puasa Ramadhan tidak dibuat post mortem, malah dilupakan seperti tidak pernah melalui Ramadhan..jahilnya aku...

Baru sekarang memahami erti hari raya sebenar walaupun tidak menyeluruh..perlu renew amalan kita, iman kita dan segala-galanya bagi mengharungi 11 bulan berikutnya..perlulah ada peningkatan, sekurang-kurangnya lebih baik dari tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya..hendaklah diteruskan amalan yang baik dari bulan Ramadhan..kekalkan momentum Ibadah..sentiasa ingat bahawa diri sentiasa dilihat Allah S.W.T

Ramadhan kali ini memberi 1001 satu kenangan dalam penghijrahan diri ke arah yang lebih baik..bukan sekadar jasmani..tetapi minda,pemikiran,pandangan terhadap agama Islam semakin baik.. minda tajdid bak kata Dr Maza.. Awwalu makrifatullah sememangnya penting sebelum kita beribadah..barulah dapat memahami apakah itu....

'Lillahi Ta'ala'