Wednesday, September 7, 2011

kisah pemuda dan kucing


Sedang pergi ke tempat wudu' tiba-tiba terlihat seekor kucing yang duduk di tepi baldi yang kurang air. Kucing tersebut cuba tunduk untuk minum tetapi tidak sampai kerana air terlalu cetek.

Teringat pada kisah yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radiallahu anhu bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,

"Ketika anjing sedang mengelilingi sumur hingga nyaris mati kehausan, tiba-tiba ia dilihat salah seorang pelacur Bani Israel. Wanita pelacur itu segera melepas sepatunya lalu mengambil air dari sumur dengan sepatunya. Ia memberikan air itu kepada anjing tersebut dan Allah mengampuninya kerana perbuatan tersebut."


Teringat juga pada kisah yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radiallahu anhu bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,

"Sesorang berjalan dan merasa sangat kehausan. Lalu, ia turun ke sumur, minum air di dalamnya dan naik ke atas. Setibanya di atas sumur, ternyata ada anjing terengah-engah sedang makan tanah basah kerana kehausan. Orang tersebut berkata, 'Anjing ini juga merasa kehausan seperti yang aku alami.'Usai berkata seperti itu, orang tersebut turun ke sumur, lalu memenuhi sepatunya dengan air kepada anjing itu. Allah berterima kasih pada orang itu dan mengampuni dosanya. "Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, apakah kita akan mendapat pahala daripada haiwan ternak kita?" Rasulullah S.A.W bersabda, "Di setiap hati yang basah (hidup) itu ada pahala."


Selepas itu, saya menadah air ke dalam baldi sehingga penuh lalu dapatlah kucing tersebut minum sepuasnya. Saya balik dari masjid dalam hati yang lapang dan tersenyum.. 
'Ya Allah,ampunilah segala dosa-dosaku dan golongkan aku dalam golongan orang-orang yang beriman..amin.'

(Kisah ini tiada kaitan dengan kisah zaman Rasulullah atau mana-mana hadis yang berkaitan. Kisah ini dari pengalaman penulis sendiri dan dikaitkan dengan kisah zaman dahulu).
Jazakumullah khairan kathira.

No comments:

Post a Comment