Wednesday, June 1, 2011

wahai wanita2 sekalian....

Assalamualaikum...
Sekarang sudah masuk bulan kedua cuti semester..Harap2 apa yang telah saya lakukan sebelum ini di rumah dapat membentuk kematangan diri di satu taraf yang lebih baik. Sekarang ini saya amat berminat untuk membincangkan keruntuhan akhlak yang kian menjadi-jadi di Malaysia ini. Sepanjang pengamatan saya yang duduk di Malaysia selama 19 tahun ini, saya tidak dapat lari daripada pandangan yang haram apabila keluar ke mana2 sekalipun. Tidak kira lah di mana sekalipun. Pandang depan,kiri,kanan,atas mahupun bawah...ada saja yang tak kena..kemungkaran berlaku di mana2 saja.Yang menyedihkan adalah si pelaku kemungkaran tersebut adalah muslim sendiri. Hairannya,mereka tahu tentang hukum2 agama apabila di tanya tetapi buat muka macam tak bersalah pula. Selalunya saya suka bercakap dengan hati kerana tidak cukup kekuatan untuk melantangkan suara di depan mereka. Jadi blog ini saya jadikan medium meluahkan pendapat saya dengan harapan sesiapa yang terbaca mampu berfikir dengan baik dan bertindak sewajarnya.

Pertama sekali yang terlintas di hati saya mengenai 'kunci' keruntuhan moral remaja di Malaysia sekarang wanitanya. Tidak dinafikan, lelaki adalah pemimpin yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin manusia di muka bumi ini. Tetapi wanita merupakan faktor penting yang menjadikan baik buruknya lelaki itu. Mana tidaknya, di Malaysia ini begitu ramai wanita yang menutup auratnya seperti pisang, dalamnya dibalut tetapi tetap nampak bentuk badannya. Lelaki yang tidak berniat untuk melihat pun boleh terpesona dengan wanita2 seksi ini sehingga boleh menimbulkan nafsu liar mereka. Jadi jangan salahkan lelaki saja kalau sudah terkena. 'Menariknya', sekarang ini bukan kes rogol yang banyak terpapar di akhbar2 sekarang tetapi kes2 pembuangan bayi yang berlaku bermaksud wanita2 sekarang kebanyakannya rela mengikut nafsu lelaki berbanding dipaksa..

Cukup2 lah saya membebel kat post atas ni..sekarang suka untuk saya kongsikan apa yang tidak kena pada cara pemakaian wanita hari ini dan cara sebenar berpakaian..cuba perhatikan gambar di bawah..terdapat pelbagai jenis kesalahan dalam pemakaian dan balasannya di akhirat..


Harap2 ianya sedikit sebanyak dapat membantu wanita2 dalam memperbaiki cara berpakaian.. Saya dapat rasakan kadangkala wanita2 ini sebenarnya selesa dengan cara penampilan yang lebih ringkas seperti di atas yang pada mereka nampak 'cantik' tetapi pada pendapat saya, wanita yang menutup auratnya dengan sempurna jauh lebih cantik malah berpuluh-puluh lebih cantik daripada yang di atas.. saya ingin berkongsi satu cerita mengenai seorang wanita yang menutup aurat dan dilindungi Allah..Ceritanya bermula apabila seorang wanita ini berjalan seorang diri di suatu jalan sehingga dia terjumpa sebuah jalan yang gelap dan mencurigakan.. di sebalik jalan gelap tersebut terdapat 2 orang lelaki yang disyaki perogol yang sedang menunggu mangsanya..Wanita ini tiada pilihan lain selain melalui jalan tersebut kerana tiada orang lain  yang boleh membantunya..Sebelum melintasi jalan tersebut, wanita ini berdoa dan bertawakkal kepada Allah agar diselamatkan dari 2 lelaki tersebut.. Dengan izin Allah,wanita ini melintas dengan selamat tanpa gangguan dari lelaki2 tersebut..wanita itu mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana memperkenankan doanya.. Sebelum beredar dari jalan itu,beliau terlihat seorang lagi wanita yang turut melalui jalan tersebut dan malangnya wanita tersebut dirogol oleh 2 lelaki tadi...wanita ini berasa takut tetapi hairan bagaimana dia boleh terselamat daripada perogol itu..beliau kemudiannya bertanya kepada 2 lelaki tersebut,mengapa dia boleh terlepas dari pandangan lelaki tersebut..salah satu lelaki itu menjawab, bagaimana mereka handak menyerang wanita itu sedangkan terdapat 2 orang lelaki berbadan besar berjaga di kiri kanannya...jadi, tahulah wanita ini bahawa malaikat dihantar oleh Allah untuk menjagannya...(tak pasti cerita benar atau tak,cuma harap dapat ambil ibrah dari cerita ini)



Diharapkan muslimah2 di luar sana dapat memperbaiki penampilan anda semua..tidak perlu untuk berasa malu atau kekok untuk melakukan perubahan kerana Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.[Al-Baqarah:195] 
Malah,ia merupakan satu dakwah kepada lelaki2 disekeliling untuk menjadi lebih baik....bak kata ustaz saya, kita boleh 'judge' sesebuah masyarakat itu dengan wanitanya...jika buruk wanitanya,maka buruklah masyarakat itu...jika baik wanitanya,maka baiklah keseluruhan masyarakat itu... dan baik itu adalah wanita solehah...Salam Biah Solehah...


No comments:

Post a Comment