"Masuk semester baru ini aku akan pastikan sudah ada usrahku sendiri"
"Aku nak belajar awal lepas ni sebelum ujian mula supaya markah aku mantap"
"Aku nak tingkatkan mutabaah amal aku supaya lebih baik bila masuk semester baru"
"Aku nak pastikan pengurusan surau aku lebih mantap,especially Lajnah Dakwah dan Tarbiyah.eh."
"Aku nak update lah blog at least sebulan sekali..baru basah hati ni"
"Aku nak tu...aku nak ni..."
Sunyi..
Sehingga sekarang apa telah diazamkan tidak tercapai.Cakap lebat nak tu nak ni,usahanya tiada.Kalau ada pun sedikit.Yang selebihnya bermain facebook,buang masa aktiviti tu,bercakap perkara tidak berfaedah,kalah teruk menentang nafsu..nafsu sekarang telah mengangkat piala Champions League tetapi diri ini masih terkejar-kejar nak piala sumbangsih..mujahadah diri masih terumbang ambing. Tidak seperti yang diharapkan diawal sem. Malas masih membelenggu diri.Luar biasa malasnya..tak pernah rasa malas sebegini malas..err,ayat deepavali sangat.. Assignment banyak lagi tak siap,test 2 dah dekat,slide presentation x siap lagi, revision x buat lagi satu pun..kata imam kat surau,bagi tazkirah,asal pemalas? ini ke contoh orang Islam?...dah Islam pulak kena..(sumpah terasa nak simbah asid kat mulut orang tu tapi sabar)
Mengapa?
Dimanakah semangat yang aku canang-canangkan dulu?Tidak cukupkah mindset?Tidak cukup ilmukah nak bergerak? Adakah sia-sia tarbiyah yang sedang dijalani?...persoalan ini bermain diminda.Semakin lama hati makin tertekan.Terasa perlian bertubi-tubi dari pelbagai sudut kerana apa yang diharapkan macam hangat-hangat baja kompos.errr..(I am Environmental Biotechnologist)
Bla la ko hafif..cakap kencang kat depan..buatnya x..bajet hebat je..pft
Ahh,mana nak cari sumber inspirasi ni?? Kena recharge iman..
Mulalah misi mencharge iman..baca buku fikrah..Maadza yakni,asas-asas Islam,Fiqh Sirah..Majalah Jom. *keting (^_<) Tidak berkesan.hanya mampu cas 10% sahaja.teruskan mencari..
Memberi nasihat pada orang lain.Mungkin boleh refleksi diri.Bila cakap kat orang mesti diri rasa termotivasi..again seperti memetik picu pistol ke dahi sendiri. Aduh,aku pun tak buat lagi apa yang aku cakap..tak ingatkah amaran Allah dalam surah As Saff ayat 4 huh!?teruskan mencari..iman cas 5%
Berjumpa murabbi ku yang osem..bermuayashah bersama beliau..wow,terasa tinggi sikit iman..tetapi baru 20-30%..mana nak cari lagi ni...ada lebih separuh iman aku damaged dek jahiliyyah yang sering aku buat.
Mana nak cari lagi......
Refleksi diri
Apakah yang Allah nak sampaikan pada aku? kenapa rasa payah nak keluar daripada belenggu ini? Mungkin orang luar lihat aku sebagai orang yang tiada masalah,tenang dan sentiasa gembira but only Allah knows segala chaos yang ada dalam hati ini. Melihat prestasi pelajaran yang merosot siapa yang tak risau. Markah yang separuh atas sikit berbanding markah rakan-rakan yang melambung riangnya ke atas.. SIapa tak risau?Siapa tak cemburu?..tetapi bila lihat usaha sendiri, terus tunduk malu..anybody understand me,please help me!! Sunyi...when suddenly kalimah ALLAH terlintas di hati...menyahut seruan pertolongan tadi,seperti satu sinar luar biasa terpancar dari kegelapan belenggu masalah. Berdoa,sujud dan ber'communicate' denganNya..membuat aku sangat-sangat tenang..terasa aku telah meluahkan kepada orang yang tersangat dipercayai..orang yang aku cari-cari..tetapi ini lebih dari itu...Yang Maha Mendengar,Maha Pengasih,Maha Penyayang. Zikrullah aku hayati sepenuhnya..my iman recharge tu 90%
"...Dan siapakah janjinya lebih ditepati selain Allah.." [At-Taubah:111]
" Dan
Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan
doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur
daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam
keadaan hina"[Al-Ghaafir:60]
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku maka
beritahu kepada mereka: Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada
mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa
kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dengan mematuhi
perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi
baik serta betul." [Al-Baqarah:186]
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:
“Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara,
maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.
Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya.
Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa.
Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam.
Keempat, menghampirkan diri kepada Allah beribadat/zikirullah) di sepertiga malam dan,
Kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.
Semoga luahan hati ini bermanfaat. Mohon maaf atas segala kekurangan.
Salam Ma'al Hijrah 1434H
Tuesday, November 13, 2012
Monday, September 3, 2012
Cemburu
Assalamualaikum dan Salam Syawal yang mulia.Kali ini sudah ada sedikit momentum menaip. Dan cara untuk mengekalkan momentum adalah dengan menulis tajuk yang dekat dengan kita iaitu cemburu.
Sifat cemburu adalah sifat fitrah yang ada pada manusia.Kalau kita tiada sifat ini bermakna kita di mana? Syurga..kerana di dalam syurga Allah SWT akan mencabut segala perasaan dendam di dalam hati ahli-ahli nya. Isteri tidak cemburu melihat suaminya bermesra-mesra dengan gadis-gadis syurga yang bermata indah, segar, montok dan sebaya seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran.
berangan sebentar (*_*)
But,that's not the point yang saya ingin sampaikan di sini. Mari kita lihat fenomena yang sedang berlaku di Malaysia, iaitu penghijrahan artis-artis berbondong-bondong ke arah kebaikan dan kembali ke jalan yang sebenar. I think credit to UAI kerana usaha dan komitmen beliau dalam dakwah begitu tinggi. Truly, saya cemburu melihat artis-artis yang sebelum ini selalu melakukan perbuatan lagho, lalai dan tidak mengikut syariat Islam kemudian berhijrah dan mendapat pentarbiyahan langsung oleh ustaz-ustaz yang hebat-hebat. Mereka bersama-sama dijemput ke forum, program bual bicara, jamuan dan paling jeles boleh mengeteh bersama-sama ustaz berbual tanpa perlu surat menyurat,bayaran,cek,bank in duit,quotation,follow up call dan segala bentuk birokrasi yang remeh temeh itu.
Setiap orang mempunyai perasaan cemburu. Sedangkan Saidatina Aisyah cemburu melihat Rasulullah cukup menyayangi isteri pertama Rasulullah iaitu Saidatina Khadijah walaupun sudah tiada. Kita cemburu melihat rakan kita mendapat keputusan yang lebih baik dari kita. Kita cemburu melihat rakan kita yang mempunyai ramai kawan dan sering keluar bersama sedangkan kita duduk terperuk di bilik keseorangan. Kita cemburu melihat telefon bimbit rakan-rakan kita yang berjenama samsung,htc dan sebagainya yang canggih,mahal dan siap boleh men tarik2 lagi di skrin sedangkan kita memakai telefon cokia cap ayam brand yang main tarik-tarik skrin untuk sekadar mengelap.
Cemburu Sifat Orang Beriman, Tanda Sayang & Bukti Harga Diri
Sumber dari www.tarbawi.my
Sifat cemburu adalah sifat fitrah yang ada pada manusia.Kalau kita tiada sifat ini bermakna kita di mana? Syurga..kerana di dalam syurga Allah SWT akan mencabut segala perasaan dendam di dalam hati ahli-ahli nya. Isteri tidak cemburu melihat suaminya bermesra-mesra dengan gadis-gadis syurga yang bermata indah, segar, montok dan sebaya seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran.
berangan sebentar (*_*)
But,that's not the point yang saya ingin sampaikan di sini. Mari kita lihat fenomena yang sedang berlaku di Malaysia, iaitu penghijrahan artis-artis berbondong-bondong ke arah kebaikan dan kembali ke jalan yang sebenar. I think credit to UAI kerana usaha dan komitmen beliau dalam dakwah begitu tinggi. Truly, saya cemburu melihat artis-artis yang sebelum ini selalu melakukan perbuatan lagho, lalai dan tidak mengikut syariat Islam kemudian berhijrah dan mendapat pentarbiyahan langsung oleh ustaz-ustaz yang hebat-hebat. Mereka bersama-sama dijemput ke forum, program bual bicara, jamuan dan paling jeles boleh mengeteh bersama-sama ustaz berbual tanpa perlu surat menyurat,bayaran,cek,bank in duit,quotation,follow up call dan segala bentuk birokrasi yang remeh temeh itu.
Setiap orang mempunyai perasaan cemburu. Sedangkan Saidatina Aisyah cemburu melihat Rasulullah cukup menyayangi isteri pertama Rasulullah iaitu Saidatina Khadijah walaupun sudah tiada. Kita cemburu melihat rakan kita mendapat keputusan yang lebih baik dari kita. Kita cemburu melihat rakan kita yang mempunyai ramai kawan dan sering keluar bersama sedangkan kita duduk terperuk di bilik keseorangan. Kita cemburu melihat telefon bimbit rakan-rakan kita yang berjenama samsung,htc dan sebagainya yang canggih,mahal dan siap boleh men tarik2 lagi di skrin sedangkan kita memakai telefon cokia cap ayam brand yang main tarik-tarik skrin untuk sekadar mengelap.
Antara dua darjat
Fokus ke point utama.
Kenapa kita tidak menumpukan kepada cemburu yang lebih bermanfaat kepada kita? Kita sibuk kepada hal materialistik dan emosi semata-mata tetapi mengapa kita tidak cemburu dalam aspek spiritual? It will be nice if kita menumpukan 'kejealousan' kita dalam ini.
"Alhamdulillah,bertudung dah sekarang cik Salmah tu.Nampak lebih anggun sekarang. Aku pun nak jadi macam dia jugak nanti.InsyaAllah". ^^
"Wah,nurul tu dah bertudung labuh sekarang ni..alhamdulillah..aku ni bila lagi agaknya?..moga Allah beri kekuatan kepada aku macam nurul jugak". =)
"Aku ni walaupun banyak duit,jawatan tinggi tak pernah nak tenang jiwa.Tengok nora tu ada bulatan gembira,kawan-kawan pun ramai,hidup dia pun nampak lebih tenang je walaupun biasa-biasa je. Nak jugak masuk bulatan gembira(dengan mata berapi)!" ^_^
"Bila la aku nak jadi macam hafiz tu,ilmu banyak,akhlak pun baik,rajin ke masjid,bagi tazkirah mantap,berbudi bahasa..Jauhnya aku dengan dia. Teringin nak jadi macam dia".:-)
Sumber dari www.tarbawi.my
Cemburu itu tanda
sayang, ia menjadi bumbu dalam hubungan kasih sayang. Tetapi, sayangilah
apa jua asalkan ia dihubungkan kepada Allah Taala Yang Mempunyai
Segala-galanya. Justeru, cemburulah apabila suami atau isteri mahupun
anak yang menunjukkan tanda-tanda lalai dan melencong daripada landasan
hidup sebagai orang yang dicintai Allah. Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya
sifat cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci-Nya.
Adapun sifat cemburu yang disukai Allah adalah kecemburuan pada hal-hal
yang pasti, sedangkan yang dibenci olehNya adalah kecemburuan pada
hal-hal yang tidak pasti (memiliki keraguan dan syak wasangka)" - Sunan An Nasa'ie (2558), Sunan Abi Daud (2659)
Sa'ad bin Ubadah R.A pernah
menggambarkan perasaan marahnya di hadapan Para Sahabat jika dia
mengetahui isterinya bergaul dengan lelaki lain. Lalu Rasulullah S.A.W
bersabda, "Apakah kalian merasa hairan dengan kecemburuan Sa'ad?
Sesungguhnya aku lebih cemburu jika dibandingkan dengannya, dan Allah
lebih cemburu jika dibandingkan denganku. Kerana itu Allah melarang
perbuatan keji, baik ia dilakukan secara terang mahupun secara sembunyi.
Dan tiada sesiapapun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan
kerana itu diutusNya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan
orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorangpun yang
suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang
memujiNya) dijanjikannya syurga" - [ rujuk Sahih Bukhari (6846), Sahih Muslim (6846) ].
Ketika salah seorang isteri Rasulullah
S.A.W bernama Mariah Al Qibtiyyah mengandung, seorang kerabat lelakinya
dari Mesir kerap datang menziarahi Mariah. Pada suatu hari, Rasulullah
menemui Mariah dan melihat kerabat lelaki tersebut bersamanya.
Rasulullah merasa cemburu sehingga terlihat warna kemarahan diwajahnya.
Umar Al Khattab merasai perubahan sikap Rasulullah S.A.W itu, lantas
Umar bertanya tentang keadaan Baginda S.A.W. Lalu Rasulullah
menceritakan kecemburuannya terhadap kerabat Mariah yang kerap datang
ke rumahnya.
Apabila mendengar keresahan Rasulullah
S.A.W, Umar lantas menghunus pedang mencari lelaki itu, lantas lelaki
dicarinya segera menuturkan bahawa dirinya telah dikembiri oleh raja.
Umar tidak jadi mengancamnya dan terus menemui Rasulullah menceritakan
hal sebenar. Rasulullah berkata kepada Umar, "Jibril telah datang
kepadaku dan membebaskan Mariah dan saudaranya dari tuduhan yang
terlintas pada diriku. Allah juga memberikanku khabar gembira bahawa aku
bakal menimang cahaya mata lelaki, dan Allah memerintahkan kepadaku
agar anak itu diberikan nama Ibrahim". [ rujuk Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatul Muttaqin, Ibnu Qayyim Jauziyyah, hal.296 ]
Sifat cemburu tidak terkecuali turut
dimiliki oleh Umar Al Khattab, Sahabat RasuliLlah S.A.W yang terkenal
dengan sifat tegas dan garang. Abdullah bin Umar R.A menceritakan bahawa
beliau pernah bertanya kepada Atikah binti Zaid, salah seorang isteri
Umar Al Khattab, "Mengapa bonda tetap keluar solat Subuh dan Isya' ke masjid? Sedangkan bonda tahu bahawa ayah (Umar) tidak suka dan cemburu dengan perbuatan bonda?"
Lalu Atikah berkata, "Jika demikian, mengapa Umar tidak pernah menghambat dan melarangku?".
Abdullah bin Umar menjawab, "Ayah tidak melakukan demikian kerana Rasulullah S.A.W mengarahkan supaya jangan menghalang kaum wanita ke masjid". Dalam riwayat lain, Atikah berkata kepada Umar Al Khattab, "Demi Allah, dinda tidak akan berhenti pergi ke masjid sehinggalah kanda melarangku berbuat demikian" [ rujuk Fathul Bari syarah Sahih Bukhari, 3/34 ].
Diriwayatkan juga, Atikah mula berhenti pergi ke masjid setelah diganggu seorang lelaki di dalam perjalanannya.
OSEM kan cerita Rasulullah dan para sahabat? Semoga kita dapat extract ibrah(kebaikan/pengajaran) daripada kisah-kisah yang diceritakan dan dijadikan panduan untuk menguruskan sifat cemburu kita.
Wallahua'lam.
Akhlak pencetus inspirasi
Wednesday, August 29, 2012
Dilema
Sekali lagi aku dilema untuk update blog kerana ketandusan idea dan sebenarnya tak tahu macam mana nak mula. Siapa yang sanggup baca you got my respect. Selagi ada usaha,cita dan daya (ayat kawan masa kat sekolah) aku cuba memuntahkan apa di dalam kepala.
I would like to start my writing with a verse from Al-Quran Surah Al-Hasyr ayat ke 18.
Maksudnya:
I would like to start my writing with a verse from Al-Quran Surah Al-Hasyr ayat ke 18.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok(akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan"
Dalam setiap apa yang kita lakukan, menulis blog, buka facebook, buka twitter, pergi kedai, pergi kuliah, naik motor mahupun berbual dengan rakan, kita mesti fikirkan apa yang boleh kita dapat kebaikan daripada perlakuan kita untuk hari akhirat. DAN setiap apa perlakuan kita akan dikira di akhirat kelak.
Bukan senang sebenarnya nak dapat perasaan sebegini. Mudah untuk kita baca tetapi bukan mudah untuk kita beramal. We need to always think and think sampai ayat di atas ni meresap ke dalam kalbu. Kemudian ia akan sebati dengan diri kita, InsyaAllah. Sahabat-sahabat Rasulullah akan meminta 10 ayat Al-Quran bukan sahaja untuk dihafal tetapi untuk diamalkan. Selepas mereka yakin sudah beramal dengan ayat-ayat tersebut mereka akan meminta 10 lagi ayat daripada Rasulullah.
Kita jangan terlalu memaksa diri kita untuk jadi baik kerana kelak memakan diri sendiri. Mulakan ibadah dengan memantapkan ilmu di dada. Ilmu yang banyak baru boleh menghasilkan amalan yang berkualiti. dan pastikan ilmu yang kita dapat itu sahih dan sependapat dengan ulama muktabar. Adakalanya kita terkeliru antara ilmu yang datang dari akal manusia dengan ilmu yang datang melalui wahyu Allah menyebabkan kualiti amal kita tidak berkesan dan membuang masa.
Ada 4 elemen penting dalam memastikan ibadah kita menjadi lebih sempurna
1. Hati
2. Aqal
3. Nafsu
4. Anggota
Keempat-empat elemen ini perlu selaras supaya kita rasa lebih bermakna bila beribadah. Mungkin ini ada kaitan dengan formula PIES seperti yang selalu dikaitkan oleh Ustaz Hasrizal dalam blognya Memilih kerjaya antara P, I, E dan S dan banyak lagi. Seriously, ini banyak membantu dalam kehidupan seharian keran secara automatik kita akan reflek setiap apa yang kita lakukan dengan keempat-empat elemen ini.
Move to other subject
Sekarang sangat rindukan suasana di kolej. Duduk dengan kawan-kawan, makan sama-sama, bergurau, bersukan, main bola tampar, solat jemaah di surau, mendengar kuliah ilmu dan bermesyuarat(meyhhh! rindu ke meeting?).University life is the best phase in our life. Masa ni la kita nak cari identiti kita, siapa kita, kenal diri kita, bentuk karakter kita, bina kekuatan dalam diri kita dan membesarkan rangkaian signal ukhuwah. Bersyukur kehadrat Allah kerana diletakkan di satu tempat bernama Universiti Putra Malaysia yang memberi 1001 kenangan dan pelajaran yang banyak mematangkan diri ini. Ada setahun lagi untuk manfaatkan tarbiyah di sana. Mari kita HENSHIN kan diri kita dengan menambah segala ilmu ke dalam HATI(bukan akal je).Wallahua'lam.
Salam 12 Syawal 1433H/30 Ogos 2012
Sunday, August 26, 2012
kembali update blog
Masalah utama bila nak update blog adalah ketandusan idea ataupun tak tau nak mula dari mana. Kali ni aku tak kira mesti kena update jugak blog. Dah berzaman tak update. Banyak benda nak dimuntahkan kat sini.
GANBATE!!! (dengan mata berapi)
Banyak lagi yang bermain di minda tapi mata dah mengantuk. Kepada bakal bidadari hidupku,semoga kamu sentiasa menjaga amal,ingatkan Allah,tutup auratmu,jaga kehormatan diri dan keluargamu. Semoga kita dapat bertemu dengan redha Allah dan bersatu atas dasar cinta kepada Allah. ^^
Assalamualaikum.Salam Syawal.
GANBATE!!! (dengan mata berapi)
Sepanjang semester 4 banyak perkara berlaku dalam hidup dan bukan sesuatu benda yang biasa-biasa tetapi luar biasa. Tetapi yang paling luar biasa adalah aku berjumpa dengan seorang murabbi yang hebat malah banyak mempengaruhi keputusan diri. Antaranya keputusan untuk masuk ke MTM kolej. Kebanyakan rakan menyarankan aku untuk masuk ke MTM untuk membantu tingkatkan kerohanian kolej di samping mengawal agenda-agenda jahiliyyah yang berleluasa di kolej(diri sendiri pun jahil). Tapi itu bukan point utama. Persoalannya adalah bagaimana kita memahami konsep berdakwah mengikur sunnah nabi. Bagi orang yang memahami dan mengkaji fiqh sirah Rasulullah pasti orang itu memahami keputusan aku dan orang itu ada my beloved murabbi. Aku yakin dengan setiap penjelasan daripada murabbi dan tetap dengan keputusan aku walaupun ramai yang memandang serong.Ianya bukan masalah 'gedik' atau takut untuk menerima tanggungjawab tetapi
bagaimana dengan cara masuk ke dalam MTM matlamat dakwah boleh dicapai.Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai pandangan sendiri dan aku hormati setiap pandangan mereka sebab mereka lebih berilmu dan berpengalaman berbanding aku.Apapun,perkara yang lepas biarkan berlalu dan ambil ibrah daripada setiap perkara yang berlaku. *Drop the Subject
Pengalaman menjadi pengerusi surau banyak mengajar aku untuk sentiasa memikirkan tentang orang lain.Apa yang boleh kita buat untuk beri kebaikan pada orang lain.Dan perkara paling susah untuk dijaga adalah AKHLAK kita.Rasulullah mewariskan akhlak baginda untuk kita ikuti.Setiap kali baca kisah-kisah akhlak nabi membuatkan hati cair lebur. Memegang sesuatu jawatan terutamanya pengurusan surau juga mengajar kita supaya sentiasa menjaga niat kita sebelum melakukan sesuatu. Kadangkala hati kita tidak dikawal menyebabkan kerja yang dilakukan bukan atas dasar kerana Allah Ta'ala.
"Sesungguhnya setiap amalan itu dimulakan dengan niat. Dan bagi seseorang itu mengikut apa yang diniatkan.Jika niatnya hijrah kerana Allah dan Rasul,maka hijrahnya kerana Allah dan Rasul. Jika hijrahnya itu kerana kepentingan dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya,maka hijrahnya mengikut apa yang dikehendaki"
Sedikit pengisian ringkas:
Terdapat 4 perkara yang bercanggah dengan ikhlas:
- Ma’siat - terlibat dengan dosa - ini akan melemahkan ikhlas.
- Syirik - sekutukan Allah.
- Riya’ - melakukan ibadah dengan keinginan menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
- Nifaq - hipokrit.
Banyak lagi yang bermain di minda tapi mata dah mengantuk. Kepada bakal bidadari hidupku,semoga kamu sentiasa menjaga amal,ingatkan Allah,tutup auratmu,jaga kehormatan diri dan keluargamu. Semoga kita dapat bertemu dengan redha Allah dan bersatu atas dasar cinta kepada Allah. ^^
Assalamualaikum.Salam Syawal.
Thursday, June 28, 2012
Sudah lama meninggalkan ruang ini
ku harap mampu lagi mencoret
di kala semangat masih ada
dengan nyawa yang ada
dengan segala tinta dan keringat
ke gagahkan jua
demi ummah ini
yang sedang parah
di buai kenikmatan dan keseronokan
tanpa menyedari bahana yang tiba
merangkul segala keamanan
tidak terlepas juga keIMANan
Aku juga tidak terlepas di buai
oleh sang pura dunia
yang menghembus kenikmatan
sambil menyembunyikan segala kebenaran
di belakang badan
tersenyum sang pura dunia
melihat aku menjadi mangsa
dan berada dalam genggamannya
Dengan segala kudrat yang ada
ku bulatkan tekadku
aku buka genggaman itu
sebelum aku lemas
dalam kegelapan
dan memburu cahayaNya
bagi menyinari kehidupanku
Pasti juga tidak akan kubiarkan
genggaman itu terus menggelapkan saudara-saudaraku
yang berada di merata dunia
akan ku buka dan buka
Sehingga liang lahad menelanku
bekalanku dapat ku bawa
menghadap yang Maha Esa
sehingga ke syurga
Salam Sayyidul Ayyam
Mohd Hafif
Jumaat,9 Syaaban.
Subscribe to:
Posts (Atom)