Monday, September 3, 2012

Cemburu

Assalamualaikum dan Salam Syawal yang mulia.Kali ini sudah ada sedikit momentum menaip. Dan cara untuk mengekalkan momentum adalah dengan menulis tajuk yang dekat dengan kita iaitu cemburu.

Sifat cemburu adalah sifat fitrah yang ada pada manusia.Kalau kita tiada sifat ini bermakna kita di mana? Syurga..kerana di dalam syurga Allah SWT akan mencabut segala perasaan dendam di dalam hati ahli-ahli nya. Isteri tidak cemburu melihat suaminya bermesra-mesra dengan gadis-gadis syurga yang bermata indah, segar, montok dan sebaya seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran. 
berangan sebentar (*_*)

But,that's not the point yang saya ingin sampaikan di sini. Mari kita lihat fenomena yang sedang berlaku di Malaysia, iaitu penghijrahan artis-artis berbondong-bondong ke arah kebaikan dan kembali ke jalan yang sebenar. I think credit to UAI kerana usaha dan komitmen beliau dalam dakwah begitu tinggi. Truly, saya cemburu melihat artis-artis yang sebelum ini selalu melakukan perbuatan lagho, lalai dan tidak mengikut syariat Islam kemudian berhijrah dan mendapat pentarbiyahan langsung oleh ustaz-ustaz yang hebat-hebat. Mereka bersama-sama dijemput ke forum, program bual bicara, jamuan dan paling jeles boleh mengeteh bersama-sama ustaz berbual tanpa perlu surat menyurat,bayaran,cek,bank in duit,quotation,follow up call dan segala bentuk birokrasi yang remeh temeh itu.

Setiap orang mempunyai perasaan cemburu. Sedangkan Saidatina Aisyah cemburu melihat Rasulullah cukup menyayangi isteri pertama Rasulullah iaitu Saidatina Khadijah walaupun sudah tiada. Kita cemburu melihat rakan kita mendapat keputusan yang lebih baik dari kita. Kita cemburu melihat rakan kita yang mempunyai ramai kawan dan sering keluar bersama sedangkan kita duduk terperuk di bilik keseorangan. Kita cemburu melihat telefon bimbit rakan-rakan kita yang berjenama samsung,htc dan sebagainya yang canggih,mahal dan siap boleh men tarik2 lagi di skrin sedangkan kita memakai telefon cokia cap ayam brand yang main tarik-tarik skrin untuk sekadar mengelap.

  
Antara dua darjat

Fokus ke point utama.

Kenapa kita tidak menumpukan kepada cemburu yang lebih bermanfaat kepada kita? Kita sibuk kepada hal materialistik dan emosi semata-mata tetapi mengapa kita tidak cemburu dalam aspek spiritual? It will be nice if kita menumpukan 'kejealousan' kita dalam ini.

"Alhamdulillah,bertudung dah sekarang cik Salmah tu.Nampak lebih anggun sekarang. Aku pun nak jadi macam dia jugak nanti.InsyaAllah". ^^

"Wah,nurul tu dah bertudung labuh sekarang ni..alhamdulillah..aku ni bila lagi agaknya?..moga Allah beri kekuatan kepada aku macam nurul jugak". =)

"Aku ni walaupun banyak duit,jawatan tinggi tak pernah nak tenang jiwa.Tengok nora tu ada bulatan gembira,kawan-kawan pun ramai,hidup dia pun nampak lebih tenang je walaupun biasa-biasa je. Nak jugak masuk bulatan gembira(dengan mata berapi)!" ^_^

"Bila la aku nak jadi macam hafiz tu,ilmu banyak,akhlak pun baik,rajin ke masjid,bagi tazkirah mantap,berbudi bahasa..Jauhnya aku dengan dia. Teringin nak jadi macam dia".:-)

Cemburu Sifat Orang Beriman, Tanda Sayang & Bukti Harga Diri
Sumber dari www.tarbawi.my
 
Cemburu itu tanda sayang, ia menjadi bumbu dalam hubungan kasih sayang. Tetapi, sayangilah apa jua asalkan ia dihubungkan kepada Allah Taala Yang Mempunyai Segala-galanya. Justeru, cemburulah apabila suami atau isteri mahupun anak yang menunjukkan tanda-tanda lalai dan melencong daripada landasan hidup sebagai orang yang dicintai Allah. Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya sifat cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci-Nya. Adapun sifat cemburu yang disukai Allah adalah kecemburuan pada hal-hal yang pasti, sedangkan yang dibenci olehNya adalah kecemburuan pada hal-hal yang tidak pasti (memiliki keraguan dan syak wasangka)" - Sunan An Nasa'ie (2558), Sunan Abi Daud (2659)

Sa'ad bin Ubadah R.A pernah menggambarkan perasaan marahnya di hadapan Para Sahabat jika dia mengetahui isterinya bergaul dengan lelaki lain. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, "Apakah kalian merasa hairan dengan kecemburuan Sa'ad? Sesungguhnya aku lebih cemburu jika dibandingkan dengannya, dan Allah lebih cemburu jika dibandingkan denganku. Kerana itu Allah melarang perbuatan keji, baik ia dilakukan secara terang mahupun secara sembunyi. Dan tiada sesiapapun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutusNya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorangpun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang memujiNya) dijanjikannya syurga" - [ rujuk Sahih Bukhari (6846), Sahih Muslim (6846) ].

Ketika salah seorang isteri Rasulullah S.A.W bernama Mariah Al Qibtiyyah mengandung, seorang kerabat lelakinya dari Mesir kerap datang menziarahi Mariah. Pada suatu hari, Rasulullah menemui Mariah dan melihat kerabat lelaki tersebut bersamanya. Rasulullah merasa cemburu sehingga terlihat warna kemarahan diwajahnya. Umar Al Khattab merasai perubahan sikap Rasulullah S.A.W itu, lantas Umar bertanya tentang keadaan Baginda S.A.W. Lalu Rasulullah menceritakan kecemburuannya terhadap kerabat Mariah yang kerap datang ke rumahnya.

Apabila mendengar keresahan Rasulullah S.A.W, Umar lantas menghunus pedang mencari lelaki itu, lantas lelaki dicarinya segera menuturkan bahawa dirinya telah dikembiri oleh raja. Umar tidak jadi mengancamnya dan terus menemui Rasulullah menceritakan hal sebenar. Rasulullah berkata kepada Umar, "Jibril telah datang kepadaku dan membebaskan Mariah dan saudaranya dari tuduhan yang terlintas pada diriku. Allah juga memberikanku khabar gembira bahawa aku bakal menimang cahaya mata lelaki, dan Allah memerintahkan kepadaku agar anak itu diberikan nama Ibrahim". [ rujuk Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatul Muttaqin, Ibnu Qayyim Jauziyyah, hal.296 ]

Sifat cemburu tidak terkecuali turut dimiliki oleh Umar Al Khattab, Sahabat RasuliLlah S.A.W yang terkenal dengan sifat tegas dan garang. Abdullah bin Umar R.A menceritakan bahawa beliau pernah bertanya kepada Atikah binti Zaid, salah seorang isteri Umar Al Khattab, "Mengapa bonda tetap keluar solat Subuh dan Isya' ke masjid? Sedangkan bonda tahu bahawa ayah (Umar) tidak suka dan cemburu dengan perbuatan bonda?"
 
Lalu Atikah berkata, "Jika demikian, mengapa Umar tidak pernah menghambat dan melarangku?".
Abdullah bin Umar menjawab, "Ayah tidak melakukan demikian kerana Rasulullah S.A.W mengarahkan supaya jangan menghalang kaum wanita ke masjid". Dalam riwayat lain, Atikah berkata kepada Umar Al Khattab, "Demi Allah, dinda tidak akan berhenti pergi ke masjid sehinggalah kanda melarangku berbuat demikian" [ rujuk Fathul Bari syarah Sahih Bukhari, 3/34 ].
Diriwayatkan juga, Atikah mula berhenti pergi ke masjid setelah diganggu seorang lelaki di dalam perjalanannya.

OSEM kan cerita Rasulullah dan para sahabat? Semoga kita dapat extract ibrah(kebaikan/pengajaran) daripada kisah-kisah yang diceritakan dan dijadikan panduan untuk menguruskan sifat cemburu kita. 

Wallahua'lam.
Akhlak pencetus inspirasi



1 comment: