Tuesday, November 13, 2012

Mencari semangat yang hilang

"Masuk semester baru ini aku akan pastikan sudah ada usrahku sendiri"
"Aku nak belajar awal lepas ni sebelum ujian mula supaya markah aku mantap"
"Aku nak tingkatkan mutabaah amal aku supaya lebih baik bila masuk semester baru"
"Aku nak pastikan pengurusan surau aku lebih mantap,especially Lajnah Dakwah dan Tarbiyah.eh."
"Aku nak update lah blog at least sebulan sekali..baru basah hati ni"
"Aku nak tu...aku nak ni..."

Sunyi..

Sehingga sekarang apa telah diazamkan tidak tercapai.Cakap lebat nak tu nak ni,usahanya tiada.Kalau ada pun sedikit.Yang selebihnya bermain facebook,buang masa aktiviti tu,bercakap perkara tidak berfaedah,kalah teruk menentang nafsu..nafsu sekarang telah mengangkat piala Champions League tetapi diri ini masih terkejar-kejar nak piala sumbangsih..mujahadah diri masih terumbang ambing. Tidak seperti yang diharapkan diawal sem. Malas masih membelenggu diri.Luar biasa malasnya..tak pernah rasa malas sebegini malas..err,ayat deepavali sangat.. Assignment banyak lagi tak siap,test 2 dah dekat,slide presentation x siap lagi, revision x buat lagi satu pun..kata imam kat surau,bagi tazkirah,asal pemalas? ini ke contoh orang Islam?...dah Islam pulak kena..(sumpah terasa nak simbah asid kat mulut orang tu tapi sabar)

Mengapa?

Dimanakah semangat yang aku canang-canangkan dulu?Tidak cukupkah mindset?Tidak cukup ilmukah nak bergerak? Adakah sia-sia tarbiyah yang sedang dijalani?...persoalan ini bermain diminda.Semakin lama hati makin tertekan.Terasa perlian bertubi-tubi dari pelbagai sudut kerana apa yang diharapkan macam hangat-hangat baja kompos.errr..(I am Environmental Biotechnologist)
Bla la ko hafif..cakap kencang kat depan..buatnya x..bajet hebat je..pft
Ahh,mana nak cari sumber inspirasi ni?? Kena recharge iman..

Mulalah misi mencharge iman..baca buku fikrah..Maadza yakni,asas-asas Islam,Fiqh Sirah..Majalah Jom. *keting (^_<) Tidak berkesan.hanya mampu cas 10% sahaja.teruskan mencari..
Memberi nasihat pada orang lain.Mungkin boleh refleksi diri.Bila cakap kat orang mesti diri rasa termotivasi..again seperti memetik picu pistol ke dahi sendiri. Aduh,aku pun tak buat lagi apa yang aku cakap..tak ingatkah amaran Allah dalam surah As Saff ayat 4 huh!?teruskan mencari..iman cas 5%
Berjumpa murabbi ku yang osem..bermuayashah bersama beliau..wow,terasa tinggi sikit iman..tetapi baru 20-30%..mana nak cari lagi ni...ada lebih separuh iman aku damaged dek jahiliyyah yang sering aku buat.
Mana nak cari lagi......

Refleksi diri

Apakah yang Allah nak sampaikan pada aku? kenapa rasa payah nak keluar daripada belenggu ini? Mungkin orang luar lihat aku sebagai orang yang tiada masalah,tenang dan sentiasa gembira but only Allah knows segala chaos yang ada dalam hati ini. Melihat prestasi pelajaran yang merosot siapa yang tak risau. Markah yang separuh atas sikit berbanding markah rakan-rakan yang melambung riangnya ke atas.. SIapa tak risau?Siapa tak cemburu?..tetapi bila lihat usaha sendiri, terus tunduk malu..anybody understand me,please help me!! Sunyi...when suddenly kalimah ALLAH terlintas di hati...menyahut seruan pertolongan tadi,seperti satu sinar luar biasa terpancar dari kegelapan belenggu masalah. Berdoa,sujud dan ber'communicate' denganNya..membuat aku sangat-sangat tenang..terasa aku telah meluahkan kepada orang yang tersangat dipercayai..orang yang aku cari-cari..tetapi ini lebih dari itu...Yang Maha Mendengar,Maha Pengasih,Maha Penyayang. Zikrullah aku hayati sepenuhnya..my iman recharge tu 90%

"...Dan siapakah janjinya lebih ditepati selain Allah.." [At-Taubah:111]

" Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina"[Al-Ghaafir:60]

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku maka beritahu kepada mereka: Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dengan mematuhi perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul." [Al-Baqarah:186]

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:

“Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara,
maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.

Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya.

Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa.

Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam.

Keempat, menghampirkan diri kepada Allah beribadat/zikirullah) di sepertiga malam dan,

Kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.


Semoga luahan hati ini bermanfaat. Mohon maaf atas segala kekurangan.
Salam Ma'al Hijrah 1434H




2 comments: