Tuesday, February 5, 2013

Tarbiyyah di rumah

Dah hampir sebulan duduk di rumah cuti semester yang terakhir untuk dinikmati. Semester depan adalah semester terakhir (InsyaAllah) sebagai mahasiswa underdog undergraduate. Walaupun duduk di rumah, bukan senang untuk menulis dalam blog. Semuanya memerlukan willing power yang sangat tinggi sebelum memulakan penulisan. Kalau tak...

Tulis padam tulis padam
..............
Tulis padam tulis padam
..............
Tulis padam tulis padam
..............

Sampai sendiri jadi menyampah dengan blog sendiri.

Jauh dari pusat tarbiyyah memang satu tarbiyyah yang sangat mencabar. Meninggalkan family (baca usrah) adalah satu disaster yang besar bagi hati. Menguji konsistensi kita dalam beramal dengan apa yang dibincangkan. Adakalanya seperti hendak futur(hilang semangat), menyimpang pemikiran, terasa jauh dari tuhan dan macam-macam lagi. Semuanya dah pernah dirasai apabila duduk di rumah. Namun bila teringat kata-kata seorang ikhwah, "kita sudah tiada masa lagi untuk futur akhi, Islam sudah menunjukkan tanda-tanda kemenangan takkan kita masih sibuk melayan futur kita". Ya, terima kasih kerana memberikan anah panah tepat di dahi. Sehingga kini panahan tu masih terlekat. Revolusi di timur tengah memang memberi suntikan semangat buat umat Islam disekeliling. Mesir, Syria, Tunisia, Libya antara nama negara yang telah dan sedang menghadapi revolusi ini. Ini merupakan satu petanda bahawa graf sejarah dunia berubah lagi. Mengikut sunnatullah alam. Yang zalim tidak akan selamanya di atas. Yang haq tidak akan dibiarkan selamanya di bawah.

Melihat keadaan secara luas sebelum menyentuh topik yang kecil.


Duduk di rumah

Duduk di rumah memberikan kita 1001 masa lapang untuk kita. Dan dalam masa yang sama juga memberi 1001 tanggungjawab yang harus kita laksanakan. Sebagai contoh, kita punya pilihan untuk melayan facebook, berchatting dengan kawan, tonton televisyen dan sebagainya. Dalam masa yang sama ada pinggan mangkuk kotor di dapur, daun-daun bersepah di depan laman, tengok ayah tengah sapu sampah, mak tengah lipat baju. Nah! perkara ini yang menyebabkan gugur rambut kita bila berlaku dilema sebegini. Tambahan mutaba'ah amal yang tidak penuh-penuh menambahkan sakit lagi, bukan di otak tetapi di hati. Belum kira masa yang disiakan dengan perkara lagho, malah menambah dosa.
Allah musta'an.

Bukan senang untuk mengekalkan momentum di rumah. Segalanya ada. 'Biah' untuk sentiasa santai itu sentiasa di mana-mana. Pada siapa lagi untuk kita berpaut selain Allah. Maka kata kunci pada keadaan ini adalah MUJAHADAH. Bermujahadah dalam membuat keputusan.

Berfacebook atau tolong ayah di luar.

Berchatting atau tolong mak lipat baju.

Duduk dalam bilik atau basuh pinggan di dapur.

Semuanya melatih untuk kita rasional membuat pilihan.Pilihan kecil sebelum sebelum membuat pilihan besar. Sama ada ingin duduk di barisan hadapan Islam atau berundur ke belakang. Pilih sama ada ingin turun ke medan berjuang atau hanya menunggu kemenangan. Semuanya adalah Tarbiyyah. Didikan demi didikan itu memberi kekuatan pada paradigma. melebarkan sudut pandang kehidupan. Beramal dengan apa yang dipandang. Amal yang memberi stamina kepada dakwah. Kepada hamasah. Bukan stamina kepada keyboard laptop sahaja. Bukan menjadi keypad warrior di depan smartphone sahaja. 

Recent issue

Terus terang, baru-baru ni rasa kelelakian itu tercabar apabila apabila munculnya da'ie muslimah muda di Malaysia seperti AisyahShakirah yang masih diperingkat umur yang muda tetapi mampu mencapai tahap kefahaman Islam yang baik. Mampu menukilkan karya yang menyentuh dengan kreativiti dan identiti tersendiri. Tampil kepada masyarakat. Min aina muslimin?? (seruan kepada diri sendiri) Kita sudah tiada masa lagi. Di Indonesia perkembangan tarbiyyah begitu subur. Luaran mahupun dalaman. Jihad bukan hanya sekadar teori tetapi sudah mencapai tahap realiti. Anak muda di Malaysia perlu cepat.

Lekas!

Seruan ilahi semakin menghampiri.

Ya Ayyuha Syabab!

Hafif
1.23am
6 Februari 2013




No comments:

Post a Comment