Thursday, February 7, 2013

Aku, ana dan saya

Salam ukhuwah fillah.

Menulis dua entry blog dalam satu minggu bukan sesuatu yang biasa. Tetapi tiba-tiba mendapat ilham untuk menulis kerana perkara yang hendak disentuh sangat perlu demi keberlangsungan untuk menulis blog. Maka dengan mata berapi maka bersiap sedia lah.

Aku, ana dan saya

Tiga kata ganti nama yang secara luarannya memberi maksud yang sama tetapi ada maksud yang mendalam disebaliknya bagi penulis. Sebelum ini, penulis dilema untuk meletakkan tema penulisan dalam blog kerana perasaan berbaur. Adakalanya ingin meluahkan rasa hati. Ada masa lagak seperti ingin memberi tazkirah dan ada masanya seperti sedang bercakap dengan ikhwah. Kalau tidak faham maksud 'ikhwah' boleh google or just 'listen' ok. Sebenarnya apa yang mahu disampaikan oleh penulis adalah gaya bahasa mana yang paling sesuai dengan penulis dan saya percaya bagi blogger-blogger yang beginner akan mengalami masalah ini. "nak guna 'aku' ke, 'ana' ke atau 'saya'. Aku itu santai, ana itu lebih alim, saya itu nampak skema. Sebab itu sekarang menaip guna penulis walaupun sekarang tengah muntah depan skrin laptop.

Mesti orang kata:

"alah, taip je ikut mana rasa selesa, yang penting isinya".(hmm..sambil angguk kepala)

"ikut hati tu lebih baik, baru orang baca lebih ruhi". (Betul, sambil garu kepala)

"enta ikutla waqi' semasa" (wahh..nganga mulut)

"Aiman tak kisah.eh."

Kembali kepada matlamat asal membuka blog. Dakwah. Itu yang utama. Bagaimana cara penyampaian itu bergantung kepada tahap seseorang penulis. Seorang penulis boleh memberi pengisian yang hebat, dihujani dengan ayat-ayat al-quran dan hadis-hadis bagi memperkuatkan hujah di entry nya. Menghiasi dengan gambar-gambar menarik, quote-quote yang mengujakan mahupun video-video yang merangsang pemikiran pembaca. Asalkan ianya memberi kebaikan, mahupun pengajaran kepada pembaca. Jadi antara aku, ana dan saya akan 'aku' gunakan mengikut keadaan semasa. Blog boleh memberi manfaat kepada orang lain, juga untuk diri sendiri yang kerdil ini. Malah dapat juga mengisi satu muwasofat tarbiyyah yang menuntuk kita untuk bermanfaat kepada orang lain.

Aku untuk lebih santai

Ana untuk lebih mesra

Saya untuk lebih sopan

Wallahu'alam. Semoga perkongsian ini dapat dibaca sebagai satu manfaat. Bukan mudharat. Maaf jika kurang menyentuh hati anda yang lembut itu ;)

7 Februari 2013
10.50 pm



4 comments:

  1. saya pun pernah ad masalah ni..haha...btol,ikut kesesuaian =)

    ReplyDelete
  2. hehe..mslh utk budak beginner mcm saya. Mohon tunjuk ajar dr blogger yg lebih senior :D

    ReplyDelete